BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Click here for Myspace Layouts

Selasa, 5 Oktober 2010

Ayat-ayat Cinta

1. Assalamualaikum buat pembaca blog sekalian. Sekalian selawat ke atas junjungan mulia, kekasih Allah Subhana wa ta'ala, Nabi Muhammad saw. Aku baru sahaja selesai membaca novel agung Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shiarzy. Aku tahu, mungkin akulah orang yang paling lewat yang membaca novel ni. Tapi, tak kisahlah, asalkan novel ini memberi kesan kepada aku.

2. Dari segi Islami, novel ni banyak memberi gambaran yang baik mengenai Islam. Watak Fahri melambangkan kehidupan seorang Islam yang sejati. Seandainya ada yang berperwatakan seperti Fahri, aku doakan semoga mereka sentiasa di dalam barakahNya. Subhanallah. Watak Fahri benar-benar mengembalikan jiwa Islam yang sebenar kepada aku. Aku sedar, aku tak mampu jadi sepertinya seratus peratus. Tapi, cukuplah menjadi seorang Islam yang sentiasa taat perintah Allah dan RasulNya.



3. Jalan cerita novel ni pun agak selesa berbanding novel Lagenda Budak Setan. Aku berjanji, ini adalah novel cinta terakhir yang aku baca. Novel ini sudah cukup sedarkan aku apa erti cinta yang sejati. Dakwah cinta melalui novel ini membuatkan aku bangga jadi seorang Islam yang sentiasa dilimpahi kurniaan Ilahi.

4. Ya Allah, aku sedar akan kelemahanku ya Allah. Telah banyak khilafku dan dosaku padaMu Ya Allah. Ampunilah dosa-dosaku dan berikanlah rahmat kepadaku. Kasihanilah aku dan letakkanlah aku dalam pemeliharaanMu ya Allah. Kuatkan aku dengan ajaran Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, kekasihMu ya Allah. Seandainya aku diberi ruang untuk cinta, jadikanlah cintaku itu tidak lain hanya berlandaskan agama dan keranaMu semata-mata. Sejukkanlah hatiku dengan cahaya Islam. Peliharalah aku dari dugaan nafsu dan musuhku, syaitan. Amin ya rabbul alamin.

5. Aku rasa macam nak menangis sekarang. Tapi, mungkin hatiku belum cukup lembut untuk menyentuh deria rasaku untuk menangis mengenang dosa lampau. Semoga aku sentiasa menjadi insan yang bertakwa kepada Allah swt.

0 ulasan: