BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Click here for Myspace Layouts

Selasa, 30 November 2010

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

Isnin, 8 November 2010

Nak Jadi Batman Boleh?

1. Baru je lepas tengok cerita The Dark Knight dekat HBO. Filem terbaik dalam beberapa siri / saga Batman. Aku suka skrip terakhir Leftenan Gordon mengenai Batman.

Because he's the hero Gotham deserves, but not the one it needs right now. So we'll hunt him because he can take it. Because he's not our hero. He's a silent guardian, a watchful protector. A dark knight.


2. Semasa aku baca dan hayati skrip tu, adrenalin aku meningkat. Bukanlah aku terasa. Tapi, aku rasa macam aku nak rasa. Maknanya, perasaan aku untuk merasai menjadi Batman itu jelas terasa. Rasa-rasanya, aku boleh merasainya. Apa masalah? Tak paham?



3. Secara sastera, ayat tu bermaksud yang seseorang wira atau hero yang dahulunya diperlukan, tapi sekarang tidak diperlukan lagi. Dulu, dialah wira yang sebenar. Kini, dia bukan lagi seorang wira. Dia pembela yang setia dan pelindung yang berjaga-jaga atau seorang wira yang gelap.

4. Kadang-kadang, bila kita lakukan sesuatu kerja, kita harapkan balasan dan reputasi yang dihargai oleh orang lain. Kita tak ikhlas. Sikit pun tak. Tiada istilah ikhlas walaupun sedikit, sekali kita harapkan penghargaan. Menunjuk-nunjuk nombor satu. Macam hampeh. Tuih.

________________________________________________

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” Riwayat Ibnu Majah

Cinta Monyet



Di sebuah ladang, ada dua ekor monyet. Monyet-monyet itu macam hampeh. Waktu azan pun sibuk cari pisang dan nangka (monyet makan nangka kah?). Diorang berdua tu tak tau yang ladang tu milik pesara tentera pangkat Sarjan. Waktu lepas azan la katakan, si Sarjan tu dok sembahyang. Lepas habis sembahyang, dia lawat la kejap ladang dia. Mengamuk dia nampak dua ekor monyet kerjakan ladang dia. Dia pun apa lagi. Ambik senapang patah, ditembaknya kedua-dua kepala monyet tu. Mati beb! Mati! Handau dibiarkan mayat monyet tu. Dasar monyet! Bentak hati dia. Sejak dari tu, asal dia nampak monyet berdua-duaan dalam ladang dia ja, disumpah seranahnya monyet-monyet puaka tu. Dahsyat.

Putih,Hijau & Maroon

Selepas kecewa dengan diri dia, Don sedar, dia memang tak dapat miliki sebab BiruBiru masih sukakan Zon. Don memang sudah putus asa dan sedia beri laluan pada Zon untuk teruskan hubungan dengan Biru. Jadi, Don pun tak perlulah fikir susah payah untuk menangi hati Biru. Biru memang bukan miliknya.

Tiga bulan berlalu, Don keseorangan tapi masih melalui kehidupannya macam biasa. Don tak nak ingat lagi fasal Biru. Hati dia masih sakit, tapi tetap lega. Tapi, serius, Don memang tak suka Zon. Bagi dia, Zon tak mampu jaga Biru dari sudut agama. Tapi, siapa peduli? Cinta tu tetap buta. Buta!

Nah, sekarang, Putih pula ketuk pintu hati dia. Don mula beralih layar menuju ke arah yang ditiup Putih. Putih hanya muda setahun. Jadi, agak sukar untuk Don dekat dengan dia. Tapi, entahlah. Don sukakan dia dalam diam. Pernah juga bertegur...tapi, tak pula tunjukkan yang dia suka pada Putih.

Dalam waktu yang sama, Don ada rakan yakni Hijau dan Maroon. Sejak dua menjak ni, Don macam ambil berat juga pasal Hijau sebab Hijau tu pun kawan baik Don. Jadi, siapa kisah? Dah memang Don ni pun memang suka ambil berat. Tapi, soal Maroon pulak. Maroon pun kawan Don. Maroon ni taklah segarang nama. Nama dengar macam garang. Tapi, hati lembut. Don tahu yang Maroon ni ada konflik. Don cuba nak tolong, tapi tak tahu di mana nak mula.



Nak dijadikan cerita, dalam dua tiga minggu yang lalu, Don nampak hati Maroon ni dicuri oleh seseorang yang bernama Lon. Selang dua tiga hari, Maroon dan Lon diisytiharkan berkasihan. Masa ni, Don sendiri tak faham, kenapa dia tetiba cemburu tak tentu pasal. Tapi, macam biasalah...siapa yang tahu isi hati Don. Don senyap ja. Lon pun sama ja macam Zon, bagi Don..entah apa jadi Maroon di masa depan, dia pun tak tahu. Moga-moga, Maroon selamat di sisi Lon.

Hari ini, Don macam lemah sikit. Dalam otak dia sekarang cuma ada - diam, tak nak diganggu, tidur, sembahyang banyak-banyak, belajar, baca buku, makan. Dia pun tak peduli dengan orang lain sangat. Kesian Don. Tapi, Don tak kisah...sebab dia memang tak layak dikisahkan.