BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Click here for Myspace Layouts

Selasa, 5 Oktober 2010

Ayat-ayat Cinta

1. Assalamualaikum buat pembaca blog sekalian. Sekalian selawat ke atas junjungan mulia, kekasih Allah Subhana wa ta'ala, Nabi Muhammad saw. Aku baru sahaja selesai membaca novel agung Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shiarzy. Aku tahu, mungkin akulah orang yang paling lewat yang membaca novel ni. Tapi, tak kisahlah, asalkan novel ini memberi kesan kepada aku.

2. Dari segi Islami, novel ni banyak memberi gambaran yang baik mengenai Islam. Watak Fahri melambangkan kehidupan seorang Islam yang sejati. Seandainya ada yang berperwatakan seperti Fahri, aku doakan semoga mereka sentiasa di dalam barakahNya. Subhanallah. Watak Fahri benar-benar mengembalikan jiwa Islam yang sebenar kepada aku. Aku sedar, aku tak mampu jadi sepertinya seratus peratus. Tapi, cukuplah menjadi seorang Islam yang sentiasa taat perintah Allah dan RasulNya.



3. Jalan cerita novel ni pun agak selesa berbanding novel Lagenda Budak Setan. Aku berjanji, ini adalah novel cinta terakhir yang aku baca. Novel ini sudah cukup sedarkan aku apa erti cinta yang sejati. Dakwah cinta melalui novel ini membuatkan aku bangga jadi seorang Islam yang sentiasa dilimpahi kurniaan Ilahi.

4. Ya Allah, aku sedar akan kelemahanku ya Allah. Telah banyak khilafku dan dosaku padaMu Ya Allah. Ampunilah dosa-dosaku dan berikanlah rahmat kepadaku. Kasihanilah aku dan letakkanlah aku dalam pemeliharaanMu ya Allah. Kuatkan aku dengan ajaran Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, kekasihMu ya Allah. Seandainya aku diberi ruang untuk cinta, jadikanlah cintaku itu tidak lain hanya berlandaskan agama dan keranaMu semata-mata. Sejukkanlah hatiku dengan cahaya Islam. Peliharalah aku dari dugaan nafsu dan musuhku, syaitan. Amin ya rabbul alamin.

5. Aku rasa macam nak menangis sekarang. Tapi, mungkin hatiku belum cukup lembut untuk menyentuh deria rasaku untuk menangis mengenang dosa lampau. Semoga aku sentiasa menjadi insan yang bertakwa kepada Allah swt.

Facebookoo

1. Entah kenapa, dua puluh empat, tujuh puluh lima menjak ni, aku rasa Facebook tu macam tempat yang sesungguhnya..hampeh? Atau, adakah kerana orang-orangnya yang hampeh? Adakah kerana facebook itu memang tempat untuk mengenakan orang, atau untuk mengikat tali ukhwah, atau tempat melalaikan, atau tempat membunuh?

2. Membunuh? Ya..silent killer. Dalam tempoh terdekat ni, dah banyak sangat video hantu tersebar. Bukan hantu yang cought-on-tape tu. Tapi, ni hantu dari ladang jagung mana yang tetiba sergah manusia. Sedap-sedap tengok video, tetiba, HUAARRGHHH! Lapar ke, hantu? Aku dah pernah komplain pasal video-video ni sebelum ni. Bukan apa, facebook ni dianggotai (wah..) oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang dah tua, ada yang masih baby, ada yang cool, ada yang alim, ada yang nakal, ada yang hampeh. Termasuklah yang ada penyakit lemah jantung, dan trauma melampau.



3. Kalaulah video tu boleh hentikan jantung dia hari ini, yang mana hari esok dia berniat untuk bertaubat, atau ingin menunaikan umrah, atau ingin memohon maaf pada saudara-mara dia, lalu mati, dah terbantut niat dia. Kita lak pujuk dia suruh tengok. Kat description tulis, 'tontonlah video ini..bla..bla..kesian.' Lastly, dia yang dikesiankan dan disekiankan.

4. Lain dari video, banyak lagi yang aku benci dengan facebook ni. Kadang-kadang, sikap kita tu yang corakkan facebook. Facebook tak salah. Kita yang terlalu dengan sempitkan facebook tu dengan pemikiran kita yang sempit. Itu memang realiti. Tayang dosa ja lebih. Kalau aku cakap (tulis) lebih-lebih, ada yang mencarutkan aku. Suka hati andalah.

Maaf,Aku Tak Campur

1. Dalam banyak hal, aku selalunye berkecuali ja. Malas nak campur. Nanti kalau aku campur, orang tuduh aku fanatik, taksub. Baik aku jadi orang tengah ja. Tu pun, diam. Kalau aku bersuara, nanti orang pengsan sebab mulut aku busuk. Eh, tak lah. Maksud aku, kalau aku bersuara, ada ja yang sakit hati. Nasib baik sakit hati tu bukan penyakit. Kalau tak, mahu aku jadi pembunuh upahan bersiri sebanyak 13 episod untuk musim pertama, 10 episod untuk musim kedua.

2. Susah ar kalau masuk campur ni. Nanti orang kata kita ni berlagak jadi hero lah. "Abis, kalau aku hero, yang korang tu ape? villain?". huh. Sebab tu, dalam banyak kes, aku diam je. Tak nak jadi pro, tak nak jadi kontra. Lebih kurang, natural la. Seperti mana apabila hidroklorik asid digunakan untuk menaturalkan sodium hidroksida, maka, terhasillah garam yang diberi nama Sodium Klorida dan digunakan untuk masak Chicken Sambal Spring Role on The Floor All People Walk to School by Bus (Ayam goreng masak belacan).



3. Serius ar..aku memang cukup menyampah, masyallah!, dengan orang yang fanatik dan taksub ni. Da la hati keras macam batu..baling kat padang terus jadi acara Lontar Hati gantikan Lontar Peluru untuk Sukma 2012. Tu baru hati..belum masuk Rejam Hempedu, dan Larian 100 meter berpalangkan vetebrata. Aduhai. Jadi, jadilah sahaja orang yang berkecuali. Baru cool yo. Wallahualam.

______________________________________________

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang tidak mematuhi Imam dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan dan berperang kerana fanatik kesukuan (kebangsaan), dia bukanlah umatku. Dan sesiapa yang keluar dari umatku lalu menyerang umatku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku.”(Muslim)

BERITA

Satu benda yang aku belajar hari (sebenarnya banyak, tapi ini antara yang berguna) - bila kita dengar berita, jangan terus percaya. Ada tiga peraturan sebelum percaya sesuatu berita.

Rule Pertama : Tengok dengan mata sendiri.
Rule Kedua : Dengar dengan kepastian.
Rule Ketiga : Tanya.





_______________________________________________

Hati ini sedang dilanda sedih semakin hari. Semakin resah. Ah, aku perlukan nafas, ruang dan al-Quran.

JATUH KE LANTAI

1. Bayangkan, selepas menara setinggi 44.56 + 20/3 - 5x1/2456 = 34k tingkat, find k. Lepas tu, rebah ke bumi sekelip mata. Menara yang kau bina empat bulan lalu, jatuh tergolek dog dalam tempoh yang singkat. Nak pulak sepanjang kau bina menara tersebut, pelbagai kenangan manis tercipta. Ada ke bina menara pun ada perkara manis?

2. Itulah yang aku rasa sekarang. Segala-galanya seakan-akan kembali pada asal. Banyak kenangan yang aku cipta dengan pelbagai lapisan masyarakat, hanya satu pengisian jangka masa pendek. Senyuman, ketawa, riang, kanak-kanak ribena, telah mula pudar. Ruang mula mengecut semula.


3. Dan sekarang (tolong mainkan satu lagu biola yang slow...pastikan ada mood sentimental dalam jiwa anda ya?), aku sedang menghadap komputer ini, menaip kata-kata yang aku sendiri tak tahu untuk apa. Fikiran aku celaru dua tiga menjak ini. Haih. Dah banyak kali aku ngomel, aku perlukan ruang, nafas dan al-Quran. Allah menguji aku. Dan...aku terimanya. Biarlah benda tu berlalu dengan baik. Aku keseorangan semula seperti biasa. Dah tiba masa untuk buka buku lama, muka surat yang baru.

4. Semuanya kembali pada asal - seorang, senyap, bisu, kelu. Mungkin untuk beberapa hari lagi, aku perlukan ketenangan untuk terima semula keadaan yang sesak ni. Huh. Wallahualam.